Warna warna kehidupan... :)

Saturday, December 5, 2009

Kenduri Kahwin...

Apabila cuti sekolah semakin hampir, pasti ramai juga yang berdebar-debar...Ha..cuba teka kenapa begitu? Sebabnya ialah ramai yang akan menamatkan zaman bujang pada waktu ini...Jadi, sesiapa yang tidak mengadakan majlis, sediakanlah perut anda untuk diisi dengan nasi minyak... Hmm...nyum nyum...

Jadi, majlis pertama yang saya hadiri ialah majlis kawan semasa belajar di MRSM Serting dulu, iaitu Emma pada 29November yang lalu...Minggu ni pula (5December 09)saya hadiri majlis kawan sewaktu belajar di UPM pula iaitu Aida...Tahniah kepada kawan-kawan saya yang telah bertukar statusnya...Minggu depan pun ada lagi...Majlis Perkahwinan Shu dan pasangannya Kamil...Wah..kenyanglah perut saya ni dengan nasi minyak... :)

Saya pula bila lagi???haa...nak tahu??? kenalah tunggu...... :)

Wednesday, December 2, 2009

Bersyukurlah..

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan yambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras...
Ibrahim:7


Ingatlah wahai sahabatku...Kita perlu bersyukur dengan nikmat Allah...Janganlah kita riak dengan nikmat yang kita peroleh, kelak jika ditarik semula, maka tiada apa yang tinggal pada kita...Lagi kita bersyukur, lebih lagi nikmat yang Allah berikan...
InsyaAllah...

Nasihat seorang teman...

Terima kasih kuucapkan atas nasihat dan peringatanmu itu...Ianya amat berharga buat diriku yang selalu lalai dan alpa...Itulah dia manusia yang diciptakan Allah yang tidak sempurna tetapi perlu sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya...

Kata temanku itu...
Kita perlulah ikhlas terhadap apa jua pekerjaan yang kita lakukan...Barulah Allah akan kurniakan kebaikan terhadap apa yang kita lakukan itu...

Jika kita diuji oleh Allah, sudah tentulah Allah akan menguji kt dengan suatu ujian yang kita mampu untuk menghadapinya dan tidak terlalu berat untuk kita sebagai hambanya...Jika bersabar dengan ujian Allah itu, InsyaAllah Allah akan kurniakan kebaikan yang lebih buat kita...

Jika saya renungkan kembali kata-kata teman saya itu tadi, memang ada benarnya...Jadi, marilah kita muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri ini...Kepada yang lalai, kembalilah kepada Allah...Masih belum terlambat...
Allahuakbar!

Monday, November 30, 2009

Monday...

Stelah ber Hari Raya Aidildha sejak Jumaat yg lepas, hari ini dah kena mula bertugas seperti biasa...Jaga SPM...Hari exam Biology...ada 3 paper semuanya...Tapi jumlah calon untuk paper ni 1 orang je..Ini ialah calon persendirian...Sebab tu lah tak ramai...Jadi keadaan ini membuatkan suasananya agak membosankan...Iya lah...Nak tunggu seorang calon je jawab exam, membuatkan mataku mengantuk...
zzzzzzz........

Friday, November 27, 2009

Malam yang sunyi...

Malam ini...
Ku rasakan sungguh sunyi...
Tanpa kehadiran suaramu...
Yang amat kurindui...

Malam ini...
Ku nantikan panggilanmu...
Walau cuma seketika...
Tetap amat menggembirakanku...

Tetapi...
Kurasakan harapanku itu...
Akan tinggal harapan...
Kerana kau...
Mungkin berada dalam kesibukan...
Mungkin sudah lena dibuai mimpi...
Mungkin tidak teringatkan ku...
yang jauh di sini...

Namun...
Ku panjatkan doa kepada Yang Esa...
Agar tautkan perasaan kasih dan cinta kami berdua...
Kukuhkan hubungan kami berdua...
Cambahkan perasaan cinta dan kasih sayang antara kami...
Teguhkanlah pendirian kami...
Walau diuji sehebat mana...
Masih tetap akan bersatu...
Dengan ikatan yang sah...
Sebagai pasangan suami dan isteri...

InsyaAllah...
Aminnn...

Thursday, November 26, 2009

Jalan2 ke Sogo...

Hari Selasa yg lalu, aku pegi jalan2 ke Sogo dengan bakal mak mertua n tunangku...Hm..first time klu jalan2 sama..tapi x la berdebar2 sangat..cuma nak tengok camne dia bershopping...biasa la..lain org lain caranya...

Ramai sungguh org di Sogo,walaupun bukan time lunch hour+waktu office hour pula tu...Setelah berfikir, baru lah teringat yang org semua da bergaji...patutla..masing2 melepaskan geram utk bershopping setelah lama memendam rasa sejak raya yang lalu...hishh...mengata org..diri sendiri pun geram juga melihat barang2 yg pelbagai....

Sabar ye...