Warna warna kehidupan... :)

Saturday, December 5, 2009

Kenduri Kahwin...

Apabila cuti sekolah semakin hampir, pasti ramai juga yang berdebar-debar...Ha..cuba teka kenapa begitu? Sebabnya ialah ramai yang akan menamatkan zaman bujang pada waktu ini...Jadi, sesiapa yang tidak mengadakan majlis, sediakanlah perut anda untuk diisi dengan nasi minyak... Hmm...nyum nyum...

Jadi, majlis pertama yang saya hadiri ialah majlis kawan semasa belajar di MRSM Serting dulu, iaitu Emma pada 29November yang lalu...Minggu ni pula (5December 09)saya hadiri majlis kawan sewaktu belajar di UPM pula iaitu Aida...Tahniah kepada kawan-kawan saya yang telah bertukar statusnya...Minggu depan pun ada lagi...Majlis Perkahwinan Shu dan pasangannya Kamil...Wah..kenyanglah perut saya ni dengan nasi minyak... :)

Saya pula bila lagi???haa...nak tahu??? kenalah tunggu...... :)

Wednesday, December 2, 2009

Bersyukurlah..

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan yambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras...
Ibrahim:7


Ingatlah wahai sahabatku...Kita perlu bersyukur dengan nikmat Allah...Janganlah kita riak dengan nikmat yang kita peroleh, kelak jika ditarik semula, maka tiada apa yang tinggal pada kita...Lagi kita bersyukur, lebih lagi nikmat yang Allah berikan...
InsyaAllah...

Nasihat seorang teman...

Terima kasih kuucapkan atas nasihat dan peringatanmu itu...Ianya amat berharga buat diriku yang selalu lalai dan alpa...Itulah dia manusia yang diciptakan Allah yang tidak sempurna tetapi perlu sentiasa berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya...

Kata temanku itu...
Kita perlulah ikhlas terhadap apa jua pekerjaan yang kita lakukan...Barulah Allah akan kurniakan kebaikan terhadap apa yang kita lakukan itu...

Jika kita diuji oleh Allah, sudah tentulah Allah akan menguji kt dengan suatu ujian yang kita mampu untuk menghadapinya dan tidak terlalu berat untuk kita sebagai hambanya...Jika bersabar dengan ujian Allah itu, InsyaAllah Allah akan kurniakan kebaikan yang lebih buat kita...

Jika saya renungkan kembali kata-kata teman saya itu tadi, memang ada benarnya...Jadi, marilah kita muhasabah diri dan perbaiki kelemahan diri ini...Kepada yang lalai, kembalilah kepada Allah...Masih belum terlambat...
Allahuakbar!